Haruma Miura as Takayama Shoumiki
Aragaki Yui as Masakoto Ayumi
Mizobata Junpei as Sakamoto Shoukuro
*********
"TOLONG...! Tolong saya...! Sesiapa je tolong saya...!" Ayumi menjerit dengan sekuat hatinya. Dia tidak mampu untuk melawan arus sungai yang deras. Bukan itu sahaja, dia juga tidak pandai berenang!
Sementara itu...
"Kat mana Miki nak letak awak ya?" Shoumiki bercakap sendirian sambil mengusap bulu anak kucing yang sedang didukungnya, seolah-olah dia sedang bercakap dengan anak kucing itu.
"Tolong...!"
Ketika Shoumiki sedang asyik mengusap bulu anak kucing tersebut, dia terdengar satu suara yang menjerit meminta tolong dari arah sungai. Tanpa berfikir panjang, dia segera berlari ke arah sungai yang terletak tidak jauh dari tempat dia berdiri. Terjegil matanya apabila ternampak seorang budak perempuan yang hampir lemas.
"Tunggu saya...!" jerit Shoumiki.
Shoumiki meletakkan anak kucing tadi ke atas tanah. Selepas itu, dia terus terjun ke dalam sungai tanpa berfikir panjang. Dia berusaha untuk menyelamatkan budak perempuan tersebut daripada lemas. Nasib budak perempuan itu agak baik kerana dia pandai berenang walaupun baru berusia 8 tahun.
Ayumi terus mencapai tangan budak lelaki yang sedang berusaha ingin menyelamatkannya itu. Dia segera berpaut pada bahu budak lelaki tersebut sambil berdoa mereka berdua akan selamat. Dalam hati, dia gembira kerana ada juga orang yang telah mendengar jeritannya tadi.
Mereka berdua segera naik ke tebing sungai. Mereka buerdua masing-masing basah kuyup. Ayumi pula sudah menggigil-gigil tubuhnya menahan kesejukan. Mereka berdua duduk sebentar di bawah pokok besar yang ada di situ untuk mengurangkan kesejukan.
Setelah tubuh Ayumi berhenti menggigil, dia memandang ke arah budak lelaki yang berjaya menyelamatkannya tadi. "Terima kasih sebab dah selamatkan saya tadi. Terima kasih sangat-sangat," ujarnya sambil mengukir senyuman yang ikhlas ditujukan buat budak lelaki itu.
"Sama-sama," pendek jawapan Shoumiki. Dia juga tersenyum.
"Comelnya anak kucing tu. Awak bela dia ke?" soal Ayumi apabila dia terlihat seekor anak kucing sedang bermain di sebelah budak lelaki itu. Comel sungguh anak kucing tersebut.
Shoumiki berdiam seketika sebelum dia menjawab; "Eh? Taklah. Saya jumpa dia, tapi saya tak boleh bela sebab semua ahli keluarga saya tak suka kucing."
"Emm... anak kucing tu comellah! Boleh tak kalau saya nak bela dia?" soal Ayumi tiba-tiba.
Shoumiki agak terkejut dengan permintaan budak perempuan yang comel di hadapannya itu. Namun beberapa saat kemudian, dia tersenyum sendirian. Tepat juga pada masanya. Akhirnya, dia mengangguk sekilas tanda dia membenarkan anak kucing tersebut dibela.
"Yeayh...!" Ayumi menjerit kegembiraan. Namun beberapa saat kemudian, dia memandang semula ke arah budak lelaki tersebut apabila teringat akan sesuatu. "Oh ya! Siapa nama awak?" soalnya ingin tahu.
"Okeylah! Saya nak balik dulu. Dah lama saya keluar bersiar-siar ni. Nanti risau pulak mummy dan daddy saya. Bye," Shoumiki meminta diri tanpa menjawab soalan budak perempuan tersebut. Namun dia masih sempat untuk mencuri pandang ke arah rantai yang terkalung di leher budak perempuan tersebut. Loketnya yang berbentuk hati serta mempunyai huruf 'A' di bahagian tengahnya itu sungguh cantik di matanya.
"Tunggu!" jerit Ayumi.
Namun, jeritan Ayumi itu sia-sia sahaja. Budak lelaki itu sudah jauh meniggalkan sungai. Nasib baik dia masih sempat untuk mencuri pandang ke arah parut yang ada di lengan budak lelaki itu. Parut tersebut kelihatan agak panjang dan mudah untuk diingat.
"Saya akan ingat parut tu sampai bila-bila..." ucapnya sendirian sambil tersenyum.
**********
P/S: Skema sangat kan ayat yang AH karang tu? Sorry la, AH ni budak 15 tahun... hehehe... apa-apa pun, jangan lupa komen! kalau boring, just luahkan. nanti kalau ada masa lagi, AH sambung untuk Bab 1 pulak eah? Arigatou! Ok, sayonara...



No comments:
Post a Comment