Salam Perkenalan, Readers...!

Hi! Assalamualaikum.. Annyeong haseyo... Konnichiwa? Ni hao.. haha ok-2, cukup..! Welcome to my blog, budak PMR tahun 2012 (cheh!)... terima kasih sebab sanggup singgah blog AH ni.... hope novel yang AH buat untuk pembaca novel kat sini dapat jadi penghibur hati... ^_~
Kalau tak best, komen jer... ^^
Kalau AH dah lama tak post, tu tandanya AH sedang sibuk menyiapkan diri, for PMR... :)
AH nak ucapkan arigatou banyak-banyak kat kawan-kawan AH yang tolong AH buat novel ni. AH lebih selesa tulis kat sini dulu sebelum PMR.. hehe... belum bersedia nak join Penulisan2u walaupun dah berangan nak jadi novelis kat situ... apa pun, just doakan AH dapat keputusan cemerlang dalam PMR nanti. Arigatou!
Oops lupa nak bagitahu ni, AH jadikan Siti Rosmizah sebagai novelis idola AH... AH kagum ngan dia! Apa-apa pun, gambatte!

~Alifa Husna~

Thursday, 26 July 2012

My Prince: The Top 10 Princes of Sakurai High School! (Original: Versi Jepun)

1. Haruma Miura as Takayama Shoumiki

2.Mizobata Junpei as Sakamoto Shoukuro

3. Yamada Ryosuke as Kajiura Takase

4. Chinen Yuri as Yamada Hiro

5. Kamiki Ryunosuke as Hongo Ryoma

6. Sakamoto Shougo as Kudo Rihito

7. Okada Masaki as Mashimoto Sho

8. Mizushima Hiro as Fuukiro Shin

9. Yanagishita Tomo as Ohkimoto Junko

10. Seto Koji as Shimamoto Tsunade

*************************
P/S: Ok finish! Comel tak, comel tak? AH paling suka Haruma Miura, Mizobata Junpei, Yamada Ryosuke, Chinen Yuri, Sakamoto Shougo, Okada Masaki and Mizushima Hiro...! hadoii..., penat tahu AH cari... ngehehe... nasib baik ada blog n drama-wiki... cari kat J-dorama/J-pop groups jer, senang... whatever it is, I hope you'll love them! :D












Tuesday, 17 July 2012

My Prince Bab 1

Kawaii...! Kimono Girl... ^_^

8 tahun kemudian...
Semua ahli keluarga Encik Masakoto sudah berkumpul di ruang tamu Vila Masashi. Umiha, Yumika dan Ayumi sedang tertanya-tanya sesama sendiri apakah yang akan dibincang dibincang oleh papa dan mama mereka bertiga. Mereka bertiga hanya sabar menunggu papa dan mama mereka bersuara.

Encik Masakoto sudah berkira-kira sama ada dia mahu memberitahu anak-anaknya atau tidak mengenai cadangannya dan isterinya. Tiba-tiba pula dia berasa gementar untuk memberitahu cadangan tersebut kepada tiga orang anak mereka. Lidahnya juga terasa kelu untuk berbicara.

Puan Masakoto pula sudah merasa tidak senang duduk. Sekejap dia bersandar pada sofa, sekejap pula dia duduk dalam keadaan tegak. Kelihatan matanya juga asyik memandang ke arah suaminya sekilas. Nampaknya bukan Encik Masakoto sahaja yang berasa gementar, dia sendiri pun sama juga.

"Papa, mama, apa ni? Cepatlah cakap. Kami dah tunggu lama tau kat sini," rungut Umiha.

"A'ahlah papa, mama. Cepatlah cakap. Lepas ni Mika nak masuk bilik terus tau sebab nak sambung rekaan saya yang belum siap tu," Yumika pula orang yang kedua merungut. Dia berpeluk tubuh.

"Hah! Dengar tu. Miha pulak nak sambung dengar lagu kat MP3 sambil online," ujar Umiha.

Encik Masakoto menarik nafas panjang sebelum bersuara, "Papa dan mama dah lama berbincang. Kami buat keputusan yang kami nak pindah semula ke Tokyo. Kamu ingat lagi kan yang 8 tahun dulu kita pernah tinggal kat sana?"

Serentak itu, Umiha, Yumika dan Ayumi membulatkan mata mereka. Mereka amat terkejut tatkala mendengar cadangan papa dan mama mereka itu. Kemudian mereka bertiga berpandangan sesama sendiri. Nak tinggalkan bandar Fukuoka lalu berpindah ke bandar raya Tokyo semula?

"Kenapa tiba-tiba aje, papa?" soal Yumika. Nada suaranya kedengaran seperti orang yang tidak berpuas hati.

"Syarikat papa ada masalah. Lagi satu, kita takkan berpindah semula ke vila kita yang dulu. Lepas ni, gaya hidup kita akan berubah," jawab Puan Masakoto dan jawapannya itu membuatkan mereka yang ada di situ semakin tertanya-tanya.

"Macam mana dengan kamu, Yumi-chan?" Puan Masakoto menyoal Ayumi seraya memandang ke arah anak bongsunya itu.

Ayumi mengangkat wajahnya apabila mama menyoalnya. Dia mengukir senyuman manis sebelum menjawab soalan mamanya. "Saya ikut aje, mama. Asalkan ada rumah dan sekolah. Yang penting, Pikachu dan Bboo Bboo pun ikut sekali," jawabnya sambil mengusap lembut bulu kucing  kesayangannya, Pikachu dan anjing kesayangannya, Bboo Bboo.

"Kalau Yumi-chan setuju, kami pun setuju," Umiha bersuara. Dia mewakili dirinya serta Yumika.
"Bagus! Cepat kemas barang kamu semua. Lima hari lagi, kita akan bertolak," beritahu Encik Masakoto membuatkan mata ketiga-tiga orang anaknya terbuntang.

"Apa?!"

*******************
SHOUMIKI tersenyum puas apabila melihat lukisan yang telah disiapkannya itu. Waktu ini, sudah masuk kali ketiga dia melukis benda yang sama iaitu rantai yang mempunyai loket berbentuk hati serta huruf 'A' di bahagian tengahnya. Dia tersenyum lagi. Semakin melebar pula senyumannya kali ini.

"Tuan Miki! Makan malam dah terhidang," panggil salah seorang daripada maids Shoumiki.

"Yes, I'm coming!" sahut Shoumiki. Berus cat yang berada di tangannya terus diletakkan di atas meja.

"Miki-kun, jom makan. Makan nasi ni. Kanoko kegemaran Miki pun ada," Yuuna, kakak Shoumiki mempelawa adik lelakinya makan.

Shoumiki melabuhkan punggung di sebelah adik perempuan kesayangannya, Erika. Senyuman manis terukir saat melihat kudapan Jepun kegemarannya iaitu Kanoko sudah terhidang cantik di atas meja makan. Kemudian penyepit yang ada di atas pinggannya terus dicapai. Dia sudah bersedia untuk menikmati Kanoko.

"Miki, sabarlah dulu. Makan nasi dulu, barulah boleh makan Kanoko," tegur Yuuna.

Shoumiki merengus. Mahu tidak mahu, terpaksalah juga dia meletakkan semula Kanoko yang belum sempat masuk ke dalam mulutnya tadi. Nasi diletakkan semula ke dalam pinggannya. Dia segera menyepit nasi tersebut dan makan seperti biasa. Wajahnya kelihatan agak masam.

"Abang, tadi abang buat apa? Melukis lagi eah?" soal Erika yang hanya diam sedari tadi.

"Hehe... macam biasalah, Rika-chan," jawab Shoumiki sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk lalu menampakkan giginya yang putih dan kemas tersusun itu.

"Emm... boleh Rika tengok tak lukisan-lukisan abang yang ada kat dalam Bilik Melukis Miki tu? Bolehlah Rika tolong warnakan," Erika memohon keizinan daripada abangnya. Dia tersenyum ceria.

Apabila mendengar suara Erika yang bersungguh-sungguh memohon keizinan untuk melihat lukisan yang ada di dalam Bilik Melukis Miki, Shoumiki terdiam seketika. Fikirannya sudah mula berbelah bahagi. Dia tahu bahawa adik kesayangannya itu memang boleh diharapkan. Erika memang seorang gadis yang suka mewarna sejak kecil. Tidak hairanlah adiknya itu sentiasa kelihatan ceria. Tetapi...

"Emm... kalau nak bagi Rika tengok semua, dah tentu tak boleh. Hmm... macam nilah! Abang bagi Rika warnakan lukisan yang sesuai diwarnakan dan lukisan yang abang suruh aje. Boleh, kan?"

Erika berhenti mengunyah untuk seketika sebelum berkata, "Kenapa pulak macam tu, abang?" soalnya seraya memandang ke arah abang kesayangannya itu.

"Alaa... kakak tahu sebab apa Miki cakap macam tu. Walaupun akak tak pernah masuk Bilik Melukis Miki, tapi akan tahu kat dalam bilik tu mesti penuh sangat dengan gambar girlfriend Miki. Betul tak?" Yuuna mencelah. Dia tergelak kecil. Dia memang suka mengusik adik lelakinya itu.

"Eh? No, exactly not! I have no girfriend, even a special friend," Shoumiki segera menepis usikan kakaknya itu. Lagipun, memang benarlah apa yang dia katakan itu. Dia tidak punya teman wanita.

"Eleh! Yalah tu...! Tak percayalah!" Yuuna tidak mahu berhenti mengusik adiknya.

"Tak apalah. Rika tak kisah pun," Erika berkata lalu tersenyum ceria sebelum sambung mengunyah Kanoko.

**************
P/S: OK...! dah siap untuk Bab 1! Bab 2 dan seterusnya, nanti AH sambung k? Sorry kalau ada ejaan yang tersalah atau citer yang tak best (hei, bestlah! cuma belum sampai jer! haha!) ... sayonara! Annyeong hikasaeyo... ^_^  




Saturday, 16 June 2012

My Prince: The Other Girls Characters..! (Original: Versi Jepun)

Other Girls Characters...!
Horikita Maki as Mameshiba Misuki
Kawashima Umika as Takayama Erika
Oomasa Aya as Takayama Yuuna

Tanaka Reina as Masakoto Umiha
Mitsui Aika as Masakoto Yumika
Sashihara Rino as Kudo Ayaka
Toda Erika as Takeru Izuka
Tsuneyoshi Rie as Nagato Inomei
Mizuki Nana as Jutta Nazumi

P/S: ok...! Pemilihan watak dah selesai...! Semua watak comel-comel, kan? Kawaii, aite? Sorry sebab untuk Bab 1, AH belum dapat sambung... lepas ni pemilihan watak sampingan untuk lelaki pulak..! lepas tu maybe ada watak-2 yang lain.. tapi AH akan pilih majoritinya yang comel-comel.. hehe! Sayonara...











Friday, 15 June 2012

My Prince Prolog

Main Characters...
Haruma Miura as Takayama Shoumiki
Aragaki Yui as Masakoto Ayumi
Mizobata Junpei as Sakamoto Shoukuro

*********
"TOLONG...! Tolong saya...! Sesiapa je tolong saya...!" Ayumi menjerit dengan sekuat hatinya. Dia tidak mampu untuk melawan arus sungai yang deras. Bukan itu sahaja, dia juga tidak pandai berenang!

Sementara itu...
"Kat mana Miki nak letak awak ya?" Shoumiki bercakap sendirian sambil mengusap bulu anak kucing yang sedang didukungnya, seolah-olah dia sedang bercakap dengan anak kucing itu.
"Tolong...!"
Ketika Shoumiki sedang asyik mengusap bulu anak kucing tersebut, dia terdengar satu suara yang menjerit meminta tolong dari arah sungai. Tanpa berfikir panjang, dia segera berlari ke arah sungai yang terletak tidak jauh dari tempat dia berdiri. Terjegil matanya apabila ternampak seorang budak perempuan yang hampir lemas.
"Tunggu saya...!" jerit Shoumiki. 
Shoumiki meletakkan anak kucing tadi ke atas tanah. Selepas itu, dia terus terjun ke dalam sungai tanpa berfikir panjang. Dia berusaha untuk menyelamatkan budak perempuan tersebut daripada lemas. Nasib budak perempuan itu agak baik kerana dia pandai berenang walaupun baru berusia 8 tahun.
Ayumi terus mencapai tangan budak lelaki yang sedang berusaha ingin menyelamatkannya itu. Dia segera berpaut pada bahu budak lelaki tersebut sambil berdoa mereka berdua akan selamat. Dalam hati, dia gembira kerana ada juga orang yang telah mendengar jeritannya tadi.
Mereka berdua segera naik ke tebing sungai. Mereka buerdua masing-masing basah kuyup. Ayumi pula sudah menggigil-gigil tubuhnya menahan kesejukan. Mereka berdua duduk sebentar di bawah pokok besar yang ada di situ untuk mengurangkan kesejukan.
Setelah tubuh Ayumi berhenti menggigil, dia memandang ke arah budak lelaki yang berjaya menyelamatkannya tadi. "Terima kasih sebab dah selamatkan saya tadi. Terima kasih sangat-sangat," ujarnya sambil mengukir senyuman yang ikhlas ditujukan buat budak lelaki itu.
"Sama-sama," pendek jawapan Shoumiki. Dia juga tersenyum.
"Comelnya anak kucing tu. Awak bela dia ke?" soal Ayumi apabila dia terlihat seekor anak kucing sedang bermain di sebelah budak lelaki itu. Comel sungguh anak kucing tersebut.
Shoumiki berdiam seketika sebelum dia menjawab; "Eh? Taklah. Saya jumpa dia, tapi saya tak boleh bela sebab semua ahli keluarga saya tak suka kucing."
"Emm... anak kucing tu comellah! Boleh tak kalau saya nak bela dia?" soal Ayumi tiba-tiba.
Shoumiki agak terkejut dengan permintaan budak perempuan yang comel di hadapannya itu. Namun beberapa saat kemudian, dia tersenyum sendirian. Tepat juga pada masanya. Akhirnya, dia mengangguk sekilas tanda dia membenarkan anak kucing tersebut dibela.
"Yeayh...!" Ayumi menjerit kegembiraan. Namun beberapa saat kemudian, dia memandang semula ke arah budak lelaki tersebut apabila teringat akan sesuatu. "Oh ya! Siapa nama awak?" soalnya ingin tahu.
"Okeylah! Saya nak balik dulu. Dah lama saya keluar bersiar-siar ni. Nanti risau pulak mummy dan daddy saya. Bye," Shoumiki meminta diri tanpa menjawab soalan budak perempuan tersebut. Namun dia masih sempat untuk mencuri pandang ke arah rantai yang terkalung di leher budak perempuan tersebut. Loketnya yang berbentuk hati serta mempunyai huruf 'A' di bahagian tengahnya itu sungguh cantik di matanya.
"Tunggu!" jerit Ayumi.
 Namun, jeritan Ayumi itu sia-sia sahaja. Budak lelaki itu sudah jauh meniggalkan sungai. Nasib baik dia masih sempat untuk mencuri pandang ke arah parut yang ada di lengan budak lelaki itu. Parut tersebut kelihatan agak panjang dan mudah untuk diingat.
"Saya akan ingat parut tu sampai bila-bila..." ucapnya sendirian sambil tersenyum.

**********
P/S: Skema sangat kan ayat yang AH karang tu? Sorry la, AH ni budak 15 tahun... hehehe... apa-apa pun, jangan lupa komen! kalau boring, just luahkan. nanti kalau ada masa lagi, AH sambung untuk Bab 1 pulak eah? Arigatou! Ok, sayonara...





                                                               



Thursday, 14 June 2012

AH baru belajar... ;)

Assalamualaikum... bonjour.. konnichiwa? annyeong haseyo? haha! saya Alifa Husna/AH... baru 15 tahun... bakal PMR untuk tahun 2012 ni... AH minat sangat menulis... sebenarnya AH dah bercadang nak  masukkan novel AH kat Penulisan2u.com , tapi maybe lepas Pmr... blog ni pulak untuk sambungan-sambungan novel AH yang AH akan tulis... untuk rakan-2 AH, teruskan menyokong AH tau! Gambatte! Chaiyok! Hwaiting! hihi.. ok la tu jer... sayonara... ^_^